Paparich HALAL Atau Tidak?

Sebelum ni saya ada cerita tentang kenyataan Ketua Pengarah JAKIM dan Menteri di KPDNKK berhubung isu label 'No Pork' dan 'Pork Free' di premis-premis makanan kat Malaysia yang sangat diragui malah menimbulkan kekeliruan tu kan? Banyak juga reaksi yang saya terima dan alhamdulillah, semakin ramai Muslim yang sudah prihatin soal status Halal di tempat makan kegemaran mereka. Harap diteruskan lah ye.

BACA DI SINI Isu Logo 'No Pork' Dan 'Pork Free'

Paparich Malaysia
website rasmi Paparich Malaysia : paparich.com.my

Paparich Buka Cawangan Kedua Di Amerika Syarikat

Baru-baru ni saya ada kongsikan di facebook berita tentang kejayaan rangkaian restaurant popular di Malaysia iaitu Paparich yang telah membuka cawangan keduanya di Amerika Syarikat. Cawangan tersebut merupakan cawangan ke-38 Paparich di luar Malaysia. Tahniah Paparich kerana telah berjaya membawa resipi makanan popular Malaysia ke peringat antarabangsa.

Soalnya, Paparich Malaysia ni Halal atau tidak untuk Muslim? Ada yang ragu-ragu nak makan dan minum di Paparich sebab tuan punya Paparich ni bukan orang Melayu beragama Islam. Jom kita berkenalan dengan pengasas rangkaian restaurant Paparich ni..

Pengasas Paparich, Rich Tan, Biodata Rich Tan
Biodata pengasas Paparich Mr. Rich Tan

Status Halal Restaurant Paparich 

Memang ada berita pada tahun 2010 mengatakan status Halal restaurant Paparich di Kepong Prima yang telah ditarik semula. Ini selepas pemeriksaan mendapati ayam yang digunakan oleh Paparich diragui status halal dan kebersihannya. Anda boleh baca artikel tersebut DI SINI

Tapi itu berita lama, sekarang kalau kita semak website Paparich (M) ni memang ada dipaparkan dengan jelas kenyataan berhubung status Halal restaurant Paparich ni. Siap dengan logo rasmi Halal Malaysia yang diakui. Malah kalau kita semak di website HALAL MALAYSIA pun akan disenaraikan semua cawangan Paparich di Malaysia, semua mendapat status Halal yang masih sah.

kenyataan status Halal Paparich

Kalau anda masuk ke premis restaurant Paparich dan tak nampak logo Halal Malaysia tu dipamerkan, jangan segan silu boleh tanya terus kepasa pelayan di restaurant berkenaan mana dia letak logo Halal tu. Mungkin terlindung sedikit. Tanya je okey...!

Kalau dia tak dapat nak pamerkan logo Halal tu, anda boleh buat aduan terus kepasa Halal Malaysia untuk membolehkan mereka membuat semakan.

semakan status Halal Paparich di website Halal Malaysia

Halalan Thoyibban

Pun begitu, kalau anda biasa pergi makan di restaurant Paparich mana-mana cawangan pun, anda pasti akan perasan kebanyakkan pelayan di Paparich ni berbangsa Cina ataupun pekerja asing (mungkin daripada Bangladesh ataupun Nepal yang mana kita pun tak tahu Islam atau pun tidak). Jadi kalau kita bercakap tentang Halalan Thoyibban, restaurant Paparich memang boleh diragui halalan thoyibbannya.

Adalah lebih baik kita sebagai Muslim memilih premis makanan yang kita yakini Halalan Thoyibban iaitu bukan sahaja bahan-bahan mentah yang digunakan dari sumber Halal malah tukang masak dan penyedia makanan di premis itu juga beragama Islam yang diyakini bersih dan mematuhi ajaran dan gaya hidup Islam. InsyaAllah.

Apapun, soal pemilihan tempat makan ni terpulang kepada individu. Kalau orang tanya saya "Paparich tu halal ke tak?" saya akan jawab "Ya, halal" sebab memang dapat pengiktirafan Halal daripada JAKIM. Tapi soal Halal yang Halalan Thoyibban atau tidak, baik tepuk dada tanyalah iman masing-masing ya.

Saya cuma berkongsi info. Pilihan di tangan anda.


:)



p/s  :  bagi yang suka makan di restaurant Mamak tu pun sama, semaklah dulu status Halal atau tidak. Pastikan betul-betul mereka mempamerkan logo Halal Malaysia yang sah dan masih belum tamat tempoh. Bukan semua restaurant Mamak diterajui oleh India Muslim ya, banyak restaurant Mamak yang bukan Islam. Mohon berhati-hati saudara-saudaraku.



Share this:

,

CONVERSATION

8 comments:

  1. InsyaAllah.. Halal. Tak semestinya Jakim sahkan baru halal kan.. Kalau Jakim sahkan tu untuk menambah keyakinan kita sebagai pengguna Muslim.

    ReplyDelete
  2. boleh dikatakan 90 peratus restoran mamak memang x halal..
    Paparich nie x pernah try lagi..
    Lepas nie bolehlah cuba.. Thanks ye untuk info..

    ReplyDelete
  3. baru nk bukak di manjung ke.. awat x tau ni.. cik en dok manjung

    ReplyDelete
  4. kat klate xde lagi rasanya paparich ni..tak penah masuk paparich ni masa g kl dulu..dalam ht kite pikir mesti mahal makanan kat paparich ni..hehe

    ReplyDelete
  5. mungkin ni juga salah satu startegi bg melariskan jualan. Malaysia ni paling ramai Melayu dan Islam.

    ReplyDelete
  6. Kalau dah dapat pengiktirafan tu dan kita nak makan, jangan ragu-ragu. Kalau masih rasa ragu-ragu, baik tosah makan. Yang halal pun kalau kita was-was, baik kita jauhi.

    ReplyDelete