Tip Kurangkan Kedut Pada Wajah Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Apabila dah masuk usia 30-an ni memang masalah kulit berkedut dan nampak lebih tua daripada usia sebenar menjadi igauan dan mimpi ngeri bagi kebanyakkan wanita. Bukan sebab takut nak nampak tua, tapi biarlah tua seiring dengan usia. Malahan ada juga wanita yang masih kekal nampak remaja dan kulit tegang sedangkan usia dah menceceah 40-an. Banyak amalan baik yang boleh kita lakukan kalau tak nak kulit wajah cepat berkedut, tak semestinya mesti cucuk sana cucuk sini.

Jom kita baca tips nak kurangkan kedut pada wajah



Apakah Makanan Yang Bagus Untuk Kulit Agar Kelihatan Muda Sentiasa?

Amalkan makan makanan yang tidak diproses seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Antaranya buah beri, tomato dan brokoli.

Berapa Lamakah Saya Patut Menggunakan Set Penjagaan Muka Anti-Penuaan Sebelum Saya Nampak Kesannya?

Anda perlu bersabar. Set penjagaan muka anti-penuaan memerlukan sekurang-kurangnya empat hingga enam minggu untuk menampakkan kesan dan kebiasaannya kesan maksimum boleh diperolehi selepas 3 bulan.

Benarkah Tidur Meniarap Akan Menambahkan Kedut Pada Muka?

Ya, oleh itu cara tidur menelentang dan meninggikan sedikit pada bahagian kepala lebih baik kerana dapat mengurangkan kedutan pada muka.

Bagaimanakah Cara Untuk Merawat Jerawat dan Kedut Bagi Umur 30-an Ke Atas?

Retinol boleh membantu merawat jerawat dan kedut. Ia mempercepatkan pertumbuhan sel dan boleh mengurangkan kulit kering. Oleh itu, digalakkan wanita berusia 30-an ke atas sentiasa menggunakan pelembap muka yang mengandungi retinol.


Saya Ada Kesan Gelap Bawah Mata Walaupun Saya Minum Banyak Air dan Mendapat Tidur Yang Cukup

Kebanyakkan orang yang mengalami kesan gelap di bawah mata adalah disebabkan faktor genetik. Produk yang mengandungi niaciamide, caffieine dan retinol boleh membantu mencerahkan kawasan gelap di bawah mata. Selain itu, meninggikan kepala sewaktu tidur juga boleh mengurangkan sembap pada bawah mata.

Apakah Yang Boleh Saya Lakukan Untuk Merawat Kedutan Di Sekeliling Mulut?

Jangan menguncupkan bibir terlalu kerap, jangan merokok dan kurangkan penggunaan straw sewaktu minum. Gunakan retinol pada waktu malam dan krim pelindung matahari siang dan malam. 

Bagaimana Cara Untuk Mengaplikasi Produk Penjagaan Muka?

Mulakan dengan produk yang paling kurang kepekatan dahulu seperti gel serum. Kemudian baru gunakan yang lebih pekat seperti krim dan losyen.

Bagaimanakah cara untuk mengurangkan kedutan antara bulu kening?

Jangan mengerutkan dahi atau mengenyitkan mata semasa membaca. Gunakan cermin mata jika perlu. Krim yang mengandungi retinol dan vitamin C boleh membantu mengurangkan kedutan. 





Share this:

CONVERSATION

2 comments:

  1. tu la kan..xjaga memang kedut beribu la jawabnya nanti

    ReplyDelete
  2. kalau umur macam akak ni memang kena menitik beratkan penjagaan muka...kalau tak...erm...

    ReplyDelete